Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 21 Jul 2017
Versi 8.0.2
BarioBario

 

Bario sudah tidak asing lagi di mata, penempatan dataran tanah tinggi ini begitu popular dan mendapat kunjungan pelancong luar negara yang paling tinggi di Sarawak setiap tahun. Ringkasnya, Dataran Tanah Tinggi Bario terletak di kawasan pergunungan yang hampir dengan sempadan Sarawak-Kalimantan Indonesia yang menempatkan sebanyak 14 buah perkampungan suku kaum Kelabit. Popular dengan panggilan “Kelabit Highland”, Bario dapat dihubungi melalui jalan udara selama 45 minit dan melalui jalan darat menggunakan pacuan empat roda memakan masa 10 jam bergantung dengan keadaan cuaca. Namun 20 tahun lampau, perjalanan ke Bario begitu sukar dan mencabar, menguji ketahan fizikal dan minda seseorang dengan cara berjalan kaki selama berminggu disebabkan Bario terletak pada kordinat penempatan yang paling jauh di pedalaman dalam Daerah Marudi, Baram. 1001 pengalaman menarik boleh dinikmati semasa mengunjungi Bario, pelbagai aktiviti menarik juga memenatkan bakal menanti pengunjung. Cuaca sejuk nyaman menenang minda dan jiwa pengunjung, rasa buah nanas Bario cukup manis enak selain khasiat Garam Bario yang amat baik untuk kesihatan.