Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 27 Jun 2017
Versi 8.0.2
Pejabat Daerah Kecil Long LamaPejabat Daerah Kecil Long Lama

DAERAH KECIL LONG LAMA, BARAM.

Long Lama merupakan antara beberapa kawasan yang sedang menikmati proses pembangunan di bawah konsep "Rural Growth Center". Pada masa hadapan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan sosial seperti hospital dan klinik, sekolah dan bangunan pejabat kerajaan serta kawasan perumahan di samping jaringan jalanraya yang menghubungkan terus Long Lama dengan dunia luar dalam keadaan yang selesa dan selamat. Pembangunan SCORE turut melimpah sehingga ke Daerah Kecil Long Lama khususnya pekan Long Lama bakal memperlihatkan pertumbuhan pembangunan dan kemajuan moden yang rancak pada masa-masa akan datang.

Profail Daerah Kecil Long Lama
          

Keluasan Daerah Baram: 22,070km2
Bahagian: Miri
Keluasan Daerah Kecil Long Lama : 19,300.03km2
Jumlah Penduduk Daerah Kecil Long Lama: 37,028 orang (Banci Penduduk 2010)

Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri     

Residen: Encik Antonio Khatio Galis
Pemangku Pegawai Daerah: Encik Ezra Uda
Pegawai Tadbir Sarawak DK Long Lama: SAO Louis Michael Balau
Bil Kakitangan di DK Long Lama: Enam (6) orang kakitangan

Politik

1) YB Anyi Ngau (Ahli Parlimen P.220 Baram)

2) YB Dennis Ngau Jok (N.67 Telang Usan)

3) YB Senator Lihan Jok (Ahli Dewan Negara)

Pejabat/Agensi Kerajaan Negeri di Daerah Kecil Long Lama

1) Pejabat Daerah Kecil Long Lama
2) Jabatan Pertanian
3) Jabatan Kerjaraya (Waterwork)

Pejabat/Agensi Kerajaan Persekutuan

1) Jabatan Pendaftaran Negara
2) Polis DiRaja Malaysia
3) Klinik Kesihatan Long Lama
4) Pejabat KEMAS
5) Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA)
6) Jabatan Penerangan Malaysia
7) SMK Long Lama
8) SK Ubong Emang
9) SJK Kee Tee

Pejabat/Agensi Swasta

1) Syarikat SESCo Bhd.
2) Pos Malaysia
3) Telekom
4) Sarawak Forestry Coorporation (SFC)

Perjalanan ke Pekan Long Lama

Perjalanan daripada Bandaraya Pelancongan Miri ke Pekan Long Lama memakan masa lebih kurang tiga jam dengan jarak perjalanan sejauh 140 kilometer. Berbanding dengan keadaan dahulu, perjalanan darat menggunakan pacuan empat roda agak mencabar dengan keadaan permukaan jalan berlubang dan berbatu untuk sampai ke Long Lama. Kini keadaan sudah jauh berubah, rancangan pihak kerajaan dengan menaiktaraf jalan batu kelikir tersebut kepada jalan tar sejauh lebih kurang 15 kilometer banyak membawa manfaat dan keselesaan kepada penduduk di Long Lama.


Kegiatan Ekonomi Penduduk

Kegiatan pembalakkan mula bergiat di kawasan Long Lama pada pertengahan tahun 1970-an dan telah menjana banyak peluang kerja dan pendapatan kepada penduduk sekitar. Kini kegiatan pembalakkan ini semakin berkurangan dan diganti dengan projek Perladangan Kepala Sawit yang diusahakan oleh Syarikat-syarikat berkenaan dan juga diusahakan secara "small holder" tetapi menjamin pendapatan lumayan kepada setiap pengusahanya. Selain itu, ada yang bekerja di Kuari di Holy Stone Quarry untuk menjana pendapatan serta banyak membuka peluang kerja kepada penduduk di Long Lama. Industri Sarang Burung secara tradisional t elah lama diusahakan oleh penduduk kaum Kayan di Long Lama selain itu produk Pelancongan juga sedikit sebanyak menjana peluang pendapatan kepada penduduk. Kegiatan pertanian yang menghasilkan pelbagai produk pertanian telah lama diamalkan dan banyak membantu penduduk untuk menjana ekonomi keluarga masing-masing selain aktiviti perikanan Sungai & jualan hasil buah-buahan khususnya pada musim buah durian!

Acara Sepanjang Tahun - Produk Pelancongan

Daerah Kecil Long Lama khususnya di kawasan Pekan & Pusat Pentadbiran Long Lama menganjurkan pelbagai acara menarik bagi memenuhi hasrat Long Lama sebagai pusat sukan dan rekreasi serta acara tradisi di kawasan Baram Ulu/Tengah.

Antara produk menarik yang paling popular sejak akhir-akhir ini ialah lumba "Pump Boat Racing" @ "Pump Ski Boat Racing" dan "Long Lama Mini Regatta", yang semakin mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari dalam dan luar Daerah serta Bahagian di Negeri ini. Aktiviti lumba pump ski boat race ini kerapkali dianjurkan dan seringkali mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari serata kawasan sejauh Negara Brunei!

Sambutan Hari Malaysia pada setiap bulan September juga menjadi acara menarik untuk disertai. Program "Enap Desa" atau "Homestay" serta melawat ke rumah-rumah panjang Orang Ulu di kawasan sekitar Long Lama juga merupakan antara produk terbaik yang ditawarkan oleh Long Lama. Pekan Long Lama juga menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan individu bagi mereka yang ingin membeli belah barang-barang keperluan harian dan juga makanan.

Bekas Pegawai Tadbir Sarawak Di Daerah Kecil Long Lama

1. SAO Jeffrey Ursee Iboh
2. SAO Lawrence Dick Sekalai
3. SAO Emang Oyo Emang
4. SAO Ding Ibau
5. SAO Alex Liaw
6. SAO Langgong ak Wasam
7. SAO Paul Joreng
8. SAO Gima ak Mekang, 2005 - 2008
9. SAO Louis Michael Balau, 2008 - kini

 

SAO LOUIS MICHAEL BALAU
Pegawai Tadbir Sarawak, Long Lama
(Tel: 085-771204, Fax: 085-771203, h/p: 013-8224501)