Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 23 Mei 2017
Versi 8.0.1
Piagam PelangganPiagam Pelanggan


PENTADBIRAN BAHAGIAN MIRI

PIAGAM PELANGGAN

 

Pentadbiran Bahagian Miri menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan seperti berikut:

 

  1. Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, integriti, cekap, amanah, adil, profesional dan mesra pada setiap masa.
  2. Sentiasa bersedia membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan apabila perkhidmatan kami diperlukan.
  3. Permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah melalui Probet akan siap diproses dalam masa dua puluh (20) hari bekerja.
  4. Projek Kecil Luar Bandar (MRP) akan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam tahun kewangan semasa.
  5. Penyediaan baucer pembayaran akan dilakukan sebaik sahaja bil-bil diterima dan disiapkan dalam masa lima (5) hari bekerja.
  6. Pengurusan Acara akan dilaksanakan mengikut Perancangan, Jadual, Aturcara dan Anggaran perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
  7. Surat Pesanan Pembelian Tempahan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan (Service Order) Waran Pengangkutan Udara (ATW) akan disediakan dalam masa 10 minit.
  8. Permohonan Lesen Pungutan Derma Awam akan diluluskan dalam masa lima (5) hari bekerja.
  9. Pengeluaran Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam akan diluluskan dalam masa satu (1) hari bekerja.
  10. Pengeluaran Permit Lawatan ke Bario / Long San / Long Lellang / Long Akah akan dikeluarkan dalam masa 10 minit.
  11. Permohonan Pendaftaran, Esktrak, Pemindaan dan Pembatalan Nama-nama Perniagaan akan disiapkan dalam tempoh berikut:(Pendaftaran - Lima (5) hari bekerja, Ekstrak – tiga (3) minit, Pemindaan- lima (5) hari bekerja dan Pembatalan – tiga (3) hari bekerja.)
  12. Permohonan Sijil Anak Angkat akan diluluskan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.
  13. Permohonan Pendaftaran Probet akan diluluskan dalam masa dua puluh (20) hari bekerja.
  14. Pengeluaran Permit Membeli Peluru Senapang Patah akan diproses dalam masa lima (5) minit.
  15. Pengeluaran resit berkenaan pungutan hasil daripada orang awam dilakukan dalam masa lima (5) minit.
  16. Pendaftaran kes-kes Mahkamah Bumiputera akan dilakukan dalam masa satu (1) jam.