Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Pengenalan MiriPengenalan Miri


Bahagian Miri adalah terletak di utara Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Negara Brunei Darulsalam dan Wilayah Kalimantan Timur, Indonesia.  Sebelum tahun 1841, Negeri Sarawak masih di bawah pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.  Akibat ketidakstabilan politik dan keadaan kacau-bilau telah membawa peralihan pemerintahan Negeri ini kepada James Brooke atau keluarga Brooke.  Charles Brooke sebagai Rajah ketika itu, telah melantik seorang Residen di setiap Bahagian bagi membantu beliau dalam mentadbir kawasan tersebut.  Pada  tahun 1883, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Bintulu dan Baram kepada Rajah Sarawak.

Pada tahun 1945 sehingga 1963 Negeri Sarawak telah diletakkan dibawah pemerintahan Koloni British dan ianya telah dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian Ke-empat Negeri Sarawak ketika itu merangkumi Daerah Miri, Baram  dan Bintulu.  Pada tahun 1979 Daerah Bintulu telah dinaiktaraf kepada satu Bahagian Pentadbiran yang baru.

Bahagian Miri pada masa kini mempunyai keluasan 26,777km2 dan mempunyai jumlah penduduk 307,782 orang. Bahagian Miri dibahagikan kepada Lima Daerah seperti berikut:-

(a) Daerah Miri (termasuk Daerah Kecil Bario)

(b) Daerah Marudi (termasuk Daerah Kecil Mulu)

(c) Daerah Subis (termasuk Daerah Kecil Niah)

(d) Daerah Beluru (termasuk Daerah Kecil Tinjar)

(e) Daerah Telang Usan (termasuk Daerah Kecil Long Bedian)


Pentadbiran Bahagian Miri merangkumi Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil seperti berikut;

Pejabat Residen Bahagian Miri yang mentadbir keseluruhan kawasan dalam Bahagian Miri yang diketuai oleh Residen.

Pejabat Daerah Miri yang mentadbir kawasan dalam Daerah Miri yang diketuai oleh Pegawai Daerah.  Ianya merangkumi Daerah Kecil Bario ditadbir oleh Pegawai Tadbir.

Pejabat Daerah Marudi yang mentadbir kawasan dalam Daerah Marudi yang diketuai oleh Pegawai Daerah.  Ianya merangkumi Daerah Kecil Mulu dan ditadbir oleh Pegawai Tadbir.

Pejabat Daerah Subis yang mentadbir kawasan dalam Daerah Subis yang diketuai oleh Pegawai Daerah.  Ianya merangkumi Daerah Kecil Niah dan ditadbir oleh Penolong Pegawai Tadbir.

Pejabat Daerah Beluru yang mentadbir kawasan dalam Daerah Beluru yang diketuai oleh Pegawai Daerah.  Ianya merangkumi Daerah Kecil Tinjar dan ditadbir oleh Pegawai Tadbir.

Pejabat Daerah Telang Usan yang mentadbir kawasan dalam Daerah Telang Usan yang diketuai oleh Pegawai Daerah.  Ianya merangkumi Daerah Kecil Long Bedian dan ditadbir oleh Pegawai Tadbir.