Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 24 Apr 2017
Versi 8.0.1
Muzium BaramMuzium Baram

Kubu Hose telah diisytiharkan sebagai bangunan bersejarah pada tarikh bersejarah 16 April 1971 di bawah Seksyen 14 Ordinan Antikuiti yang kini dikenali sebagai Ordinan Budaya dan Warisan (1993). Ada kemungkinan bahawa kubu ini pada mulanya didirikan oleh Charles Hose pada tahun 1898 iaitu sebelum berlangsungnya Majlis Pengaman Baram yang dianjurkan oleh Hose selaku Residen Baram ke-2 pada ketika itu pada tahun berikutnya iaitu tahun 1899. Antara sebab utama mengapa tapak kubu dipilih ialah kubu tersebut dilokasi yang begitu strategik yang terletak di atas sebuah bukit yang menghala ke arah Sungai Baram. Bagi menguatkanpertahan kubu dua pucuk meriam diletakkan di hadapan kubu. Secara fizikalnya, keseluruhan bangunan utama Kubu Hose adalah diperbuat daripada kayu belian (lantai, tiang, bumbung). Kubu Hose berukuran sepanjang 31.6 meter dengan 17.3 meter lebar dan 10.6  meter tinggi. Kerja-kerja pembinaan kubu dijangka bermula sekitar tahun 1898 dan siap pada tahun 1901.

MASA OPERASI:
ISNIN - JUMAAT (9.00AM - 4.00PM)
SABTU & AHAD (9.00AM - 12.00PM)
*Masuk Adalah Percuma.