Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
PenginapanPenginapan

Miri Marriott Resort terletak 2 km dari pusat bandar dan 6 km dari lapangan terbang Miri. Mempunyai 220 bilik yang dilengkapi sistem penghawa dingin dan mempunyai balkoni peribadi dengan pemandangan yang menakjubkan ke laut China Selatan. Mandara Spa memaparkan skrub tubuh dan rawatan urut yang menenangkan. Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan, bermain tenis atau menyewa basikal untuk perjalanan yang santai di tepi pantai. Restoran Zest yang menghadap kolam renang, menyajikan hidangan Asia yang lazat. Kopi dan koktel serta pastri yang baru dibakar ditawarkan di Borneo Baking Company, Lush Bar dan Matahari Pool Terrace.


http://www.marriott.com/

Grand Palace Hotel mempunyai 125 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan internet percuma. Ia mempunyai sebuah kolam renang luaran, kemudahan kecergasan dan 3 pilihan untuk menjamu selera. Hotel Grand Palace ini dikelilingi oleh pelbagai pilihan tempat untuk menjamu selera dan membeli-belah. Ia terletak dalam jarak 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Miri dan menyediakan perkhidmatan hantar-jemput lapangan terbang dan tempat meletak kenderaan percuma. Pilihan untuk bersantai termasuklah kolam renang spa, mandian wap dan sauna. Western Palace Restaurant menawarkan makanan dari hidangan Barat. Hotel ini juga mempunyai sebuah restoran Cina dan Broadway Lounge, yang menawarkan Waktu Riang Ria koktel.

 

http://www.grandpalacehotel.com.my

Imperial Hotel Miri terletak di pusat bandaraya Miri. Mempunyai 262 bilik yang dilengkapi dengan peralatan serba moden. Ia mempunyai sebuah kolam renang luaran, kemudahan kecergasan dan 2 pilihan untuk menjamu selera. Hotel ini dikelilingi oleh pelbagai pilihan tempat untuk menjamu selera dan membeli-belah. Ia terletak dalam jarak 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Miri dan menyediakan perkhidmatan hantar-jemput lapangan terbang dan tempat meletak kenderaan percuma.

http://www.imperialhotel.com.my

Mega Hotel mempunyai 293 buah bilik berhawa dingin yang elegan dilengkapi dengan lantai berkarpet, TV satelit skrin rata dan ruang tempat duduk bersofa. kolam renang luaran yang terletak di atas bumbung dan pusat perniagaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Miri berada dalam jarak 15 minit pemanduan. Perkhidmatan penukaran mata wang, simpanan bagasi dan dobi disediakan. Kemudahan-kemudahan lain termasuk sauna dan pusat perniagaan. Di Lotus Court Chinese Restaurant, para tetamu boleh menikmati masakan Cina yang lazat serta citarasa tempatan. Chatterbox Coffee House menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang disahkan Halal oleh pihak JAKIM.

http://megahotel.com.my/

ParkCity Everly Hotel Miri terletak di jalan Brighton 2 km dari pusat bandar Miri. Hotel ini mempunyai 167 bilik yang menawarkan Wi-Fi, kolam renang luaran dan tempat letak kenderaan percuma. Bilik-bilik di ParkCity Everly Miri Hotel mempunyai pemandangan landskap yang indah. Tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan atau menempah lawatan satu hari di meja tempahan lawatan. Perkhidmatan dobi dan cucian kering ada disediakan. Masakan tempatan dan antarabangsa ada dihidangkan di Melinau Terrace Coffee House. Ruai Lobby Lounge menawarkan hiburan live, makanan ringan dan minuman. ParkCity Everly Hotel Miri adalah 5 minit memandu dari pusat bandar dan 8 km dari Lapangan Terbang Miri. 


http://miri.theeverlyhotel.com

Meritz Hotel terletak di pusat bandar raya Miri, Mempunyai 200 bilik serba moden khidmat kaunter penyambut tetamu 24 jam serta tempat letak kenderaan percuma. Masakan antarabangsa boleh dinikmati di restoran Grand Old Lady manakala peluang untuk menjamu selera di luar disediakan di Taman Sky. Hotel Meritz berjarak 5 minit berjalan kaki dari Canada Hill dan 10 minit pemanduan dari Pantai Tanjung Lobang. Lapangan Terbang Miri dan Permy Mall berada dalam jarak 20 minit pemanduan. Para tetamu boleh berenang di kolam renang luaran atau bersenam di pusat kecergasan. Perkhidmatan dobi dan menyeterika disediakan.


http://www.meritzhotel.com/

Mount Mulu Hotel, Marudi.
085-756671 (Tel)
085-756670 (Fax)
Grand Hotel, Marudi.
085-755711 (Tel)
085-755293 (Fax)
Mayland Hotel Marudi.
085-755233 (Tel)
085-755333 (Fax)
Long Lama Hotel, Pekan Long Lama
2jam 30 minit masa perjalanan darat daripada bandaraya Miri.

Info lanjut tentang hotel-hotel di Miri bolehlah didapati di http://www.miribiz.com/directory/hotels-and-inns

Sumber dari Miribiz.com