Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
Perutusan dari Residen Bahagian MiriPerutusan dari Residen Bahagian Miri

 

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih kerana sudi singgah melayari Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Miri. Tuan/Puan yang dihormati, Pejabat Residen Bahagian Miri akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami berpandukan peraturan dan prosedur yang sedia ada.

Salah satu misi kita ialah untuk meningkatkan aktiviti melalui penggunaan teknologi moden serta penguasaan ICT sejajar dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu “A WORLD CLASS CIVIL SERVICE”. Maka dengan wujudnya laman web ini, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemajuan daya pemikiran masyarakat serta memberi maklumat yang terkini.

Saya juga mengalu-alukan pelanggan kami dalam membantu menjadikan organisasi kami sebagai pemangkin pembangunan sosio ekonomi di Bahagian Miri selaras dengan visi yang termaktub sekaligus sesuai dengan slogan pelancongan iaitu, "Miri....Yours To Discover".

Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi maklumat serta gambaran secara am mengenai Bahagian Miri, khususnya tentang objektif visi organisasi, misi, objektif dan maklumat bagi Pentadbiran Pejabat Residen Bahagian Miri.

Justeru itu, pihak kami mengalu-alukan komen dan pandangan yang membina daripada tuan/puan dalam proses penambahbaikan kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Akhir kata, salam hormat daripada kami, warga Pejabat Residen Bahagian Miri. Diharap tuan dan puan akan mendapat manfaat serta informasi terkini dengan melayari laman web ini.

Sekian terima kasih.


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"KE ARAH BUDAYA KERJA CEMERLANG"

 

 

SHERRINA BINTI HUSSAINI
Residen Bahagian
Pejabat Residen Bahagian Miri,
Aras 7, 8 Dan 9, Kompleks Islam Sarawak, Miri,

Jalan Pujut, 98000 Miri, Sarawak.