Syarat & Tatacara Permohonan Pendaftaran Perniagaan:
1. Borang (R22) Borang Pendaftaran Perniagaan yang lengkap diisi, sila dapatkan Borang R22 di Kaunter Pejabat Daerah berkenaan.
2. Salinan kad pengenalan pemohon (untuk setiap pemegang syer),
3. Surat Perjanjian Sewa/Beli antara pemilik & Penyewa bangunan ataupun,
4. Salinan geran bangunan kedai yang digunakan, (Extract Of Title) dari Jabatan Tanah Dan Survei/salinan surat jual beli (sale purchase agreement), berserta surat kebenaran sewaan dari pemilik bangunan.
5. Cop nama perniagaan yang bakal digunakan.
* Ambil perhatian, sila semak dahulu nama syarikat yang bakal digunakan di kaunter Pendaftaran Perniagaan Pejabat Daerah untuk mengelakkan pertindihan nama syarikat.
Bagi setiap pendaftaran perniagaan yang diluluskan,
- Sijil Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dengan bayaran RM 50.00.
- Setiap Ekstrak perniagaan yang dikeluarkan dengan bayaran RM 2.00
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian berikut:
Pejabat Daerah Miri
(Tel: 085-419837)
Pejabat Daerah Marudi
(Tel: 085-755211)
Pejabat Daerah Subis
(Tel: 085-719002)
Pejabat Daerah Telang Usan
(Tel: 085-779422)
Pejabat Daerah Beluru
(Tel: 0111-8184523)