Font Size AAA

Pejabat Daerah Kecil Long BedianPejabat Daerah Kecil Long Bedian

Long Bedian merupakan sebuah daerah kecil bagi Daerah Telang Usan. Keluasan Daerah Kecil Long Bedian adalah 2,649 km persegi. Dari segi kawasan persempadan pilihanraya, Daerah Kecil Long Bedian ini adalah di bawah Parlimen P.220 Baram dan Dewan Undangan Negeri N.77 Telang Usan. Long Bedian boleh dihubungi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan dari Miri ke Long Bedian dan kira-kira 2 jam perjalanan dari Pekan Long Lama ke Long Bedian.

Di antara kemudahan yang ada di Long Bedian adalah seperti berikut :

  1. Kedai berpusat

  2. Sekolah Menengah bertaraf K9

  3. Sekolah Rendah

  4. Perumahan Tama Engan Sang

  5. Tenyok Resort

  6. Klinik Kesihatan

  7. Loji Air Komuniti  

Jabatan / Agensi Kerajaan

Bil

Jabatan/Agensi Kerajaan Baru Sedia Ada

1

Sekolah :

4.1 Sekolah Menengah K9 Long Bedian

4.2 SK Long Bedian

4.3 SK Long Kevok

4.4 SK Long Atip

4.5 SK Long Wat

4.6 SK Long Luteng

4.7 SK Long Bemang

2

Klinik :

5.1 Klinik Kesihatan Long Bedian

5.2 Klinik Kesihatan Long Kevok


Taburan Kependudukan

Bil

Etnik

Jumlah

1

Kayan

6,210

2

Penan

2,490

Jumlah

8,700

 Sosio-ekonomi 

Long Bedian merupakan antara beberapa kawasan yang sedang menikmati proses pembangunan terutamanya dengan kehadiran projek paip gas Petronas yang merentasi sebahagian kawasan di Daerah Kecil Long Bedian. Kehadiran pekerja dari Syarikat Petronas telah menjana pendapatan penduduk dengan bertambahnya pelanggan yang membeli barangan keperluan harian di kedai di Long Bedian. Tempiasnya turut dirasai di kawasan lain yang terlibat dalam projek ini di mana Syarikat Petronas telah banyak membantu penduduk di kawasan ini melalui tanggungjawab sosial korporat mereka. Di samping itu, kegiatan pembalakan mula bergiat di kawasan Daerah Kecil Long Lama sejak sekian lama. Banyak syarikat-syarikat pembalakan telah bertapak di sini seperti Syarikat Samling, Syarikat Shin Yang dan Interhill. Ramai di kalangan penduduk di kawasan ini bekerja dengan syarikat pembalakan yang berkenaan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Di samping itu, kampung-kampung yang berada di kawasan konsesi syarikat ini telah dibantu dari segi bantuan penyelengaraan jalan, membina rumah dan lain-lain aktiviti sosial di bawah tanggungjawab sosial korporat. Kini kegiatan ekonomi yang semakin berkembang di kawasan ini adalah Projek Perladangan Kelapa Sawit yang diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan berkenaan juga diusahakan secara “small holder” tetapi menjamin pendapatan lumayan kepada setiap pengusahanya. Kegiatan pertanian yang menghasilkan pelbagai produk pertanian telah lama diamalkan (penanaman padi Bukit) serta penanaman Kelapa Sawit secara kecil-kecilan. Selain daripada itu, kegiatan memburu dan menangkap ikan merupakan aktiviti harian masyarakat di sini. Ikan dan memburu binatang adalah sumber makanan utama penduduk di kawasan ini.