Sarawak ID|Register

Pengenalan Subis

DAERAH SUBIS

Dapat dihubungi terus melalui perjalanan darat selama lebih kurang 45 minit (48 km jalan persisir pantai & 68 km jalan Bintulu-Miri) dari bandaraya pelancongan Miri, juga boleh dihubungi melalui jalan sungai melalui laut daripada Miri memakan masa 2-3 jam (kini jarang digunakan), merupakan antara lokasi persinggahan popular sebelum meneruskan perjalanan ke Suai, Niah dan Bintulu. Amnya Daerah Kecil Sibuti terkenal dengan tanaman kelapa sawit yang merupakan mercu tanda daerah kecil ini, dan juga terkenal dengan hasil produk sungai dan laut, sayuran hutan, buah-buahan yang segar dan menyihatkan.

Profail Daerah Subis
Keluasan Daerah : 3,849 km2
Bahagian : Miri
Keluasan Daerah Subis : 916 km2
Jarak dari Bandar Miri : 47.4 km
Jarak dari Pekan Niah/Batu Niah : 38.1 km
Jarak dari Samalaju (SCORE) Bintulu : 95 km
Jumlah Penduduk Daerah Sibuti, Bekenu (Dikemaskini pada 11/02/2021) : 57,473 orang
Jumlah Penduduk Daerah Sibuti, Bekenu (Profail Daerah) : __ orang

Bilangan Penduduk Mengikut Etnik

Sibuti : 25,099 Orang

Niah-Suai : 32,374 Orang

Jumlah keseluruhan : 57,473 Orang


Bilangan Kampung/Rumah Panjang Berdaftar


KAMPUNG BERDAFTAR

DAERAH/DAERAH KECIL

PAR

DUN

JUMLAH

SUBIS

SUBIS

P.218

N.71

63

109

N.72

46

NIAH-SUAI

P.218

N.71

43

141

N.72

 

P.217

N.69

59

N.70

38

JUMLAH KESELURUHAN

250


Bilangan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum Bersijil

Ketua Masyarakat

= 10 orang

Ketua Kaum

= 99 orang

Kegiatan Ekonomi Penduduk

Perladangan

Pertanian

Nelayan

Pelancongan

Berniaga Kecil-kecilan

Peruncitan



Produk Keluaran Tempatan dan Acara Tahunan

 

PRODUK/ACARA

LOKASI

1

Madu Kelulut

Kampung Selanyau

2

Subis Regatta

Bekenu

3

Niah Regatta

Niah

4

Belacan (Shrimp paste)

Bekenu/Niah

5

Makan Tahun Perdana

Bekenu

Tempat Tarikan Pelancongan

 

  • Pantai Tanjung Bungai
  • Pantai Peliau
  • Pantai Tusan
  • Miri Sibuti Coral-Reef
  • Taman Negara Lambir
  • Taman Negara Niah
    • Niah Great Cave
    • Painted Cave
    • Bukit Kasut
Mod utama pengangkutan penduduk sekitar adalah melalui jalan raya. Namun masih terdapat penduduk yang masih menggunakan sungai sebagai laluan alternatif. Sungai yang diwartakan di wilayan utara Miri adalah Sungai Sibuti (22km), Sungai Suai (23km) dan Sungai Niah (20km).

Inap Desa (Homestay)
  • Bungai Lodge
  • Peliau
  • Tusan Dabai Homestay
  • Dewan Homestay Kedayan
  • Kuala Sibuti
  • Izara Homestay Kuala Sibuti
  • Rumah Panjang Patrick Libau

Pejabat Pentadbiran Daerah Subis
Residen Bahagian Miri : Encik Abdul Aziz Bin Haji Mohd Yusuf (Residen)
Pegawai Daerah Subis : Haji Jamalie Bin Haji Busri

Politik
1)   YB Encik Lukanisman Bin Awang Sauni (Ahli Parlimen P.218 Sibuti)
2 )  YB Datuk Hajah Rosey Binti Haji Yunus (ADUN N.71 Bekenu)
      Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak
3)   YB Encik Ripin Bin Lamat (ADUN N.72 Lambir)

Pejabat / Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah Subis
Majlis Daerah Subis
JKR Water Work
Jabatan Pertanian
Jabatan Saliran Dan Airan

Pejabat / Agensi Kerajaan Persekutuan
Polis Diraja Malaysia
Pejabat Pelajaran Daerah Subis
Jabatan Pendaftaran Negara
Depo Tahanan Imigresen
Klinik Kesihatan Sibuti
KEMAS
SMK Bekenu
SMK Luar Bandar
SK Bekenu
SJK Chung Hua Sibuti

Lain-Lain Pejabat / Agensi
FELCRA Berhad
POS Malaysia Berhad
GIAT MARA
MPOB

Bekas Pegawai Tadbir Sarawak Sibuti, Bekenu
Johari Bin Bujang
Francis Nyurang Ding
Hussain Mohamad
Husini Bin Bakir (1996 - 1997)
Boniface Intang Apat (1997 - 1998)
Julaihi Bin Kadir (1998 - 2006)
Denis Ukong Langub (2007)
Awang Jaapari Bin Awang Narawi (2008 - 2009)
Ali Bin Abdullah (2010 – 2013)

Ashard Bin Samshu (2013-2015)

Haji Husini Bin Haji Bakir (2015-2017)

Minggu Anak Jampong (2017- Aug 2018 Pemangku Pegawai Daerah)

Haji Jamalie Bin Haji Busri (Aug 2018 - Sekarang)

 

Alamat Pejabat

Pejabat Daerah Subis,

98150 Bekenu, Sibuti,

Miri, Sarawak