Lokasi Miri
Profail Ringkas - Bahagian Miri (Bahagian ke-10 dari antara 11 Bahagian di Sarawak) terletak di utara Negeri Sarawak yang bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Kalimantan Timur, Kalimantan Indonesia. Dengan keluasan seluas 26,777km2 (saiz terbesar ialah Daerah Marudi dengan keluasan 22,069.96km persegi) dengan anggaran jumlah penduduk seramai 307,782 orang menjadikan Bahagian Pentadbiran Miri muncul sebagai bandaraya kedua terbesar di Negeri Sarawak. pentadbiran Bahagian Miri terbahagi seterusnya kepada dua daerah iaitu Daerah Miri dan Daerah Marudi serta empat Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sibuti, Daerah Kecil Suai-Niah, Daerah Kecil Beluru Bakong dan Daerah Kecil Long Lama. Manakala komponen pentadbiran terbahagin kepada tiga bahagian pentadbiran iaitu Pentadbiran Bahagian yang diketuai oleh Tuan Residen Bahagian, pentadbiran Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (DO Miri dan DO Marudi) dan komponen pentadbiran peringkat akar-umbi ketiga ialah pentadbiran di peringkat Daerah Kecil yang diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir Sarawak (SAO).