Pejabat Residen Bahagian Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Taman Negara Lambir


Taman Negara Bukit Lambir terletak kira-kira 30 kilometer atau 25 minit pemanduan daripada bandaraya Miri. Taman Negara ini terletak di antara laluan jalan lama Miri-Bintulu. Untuk masuk ke Taman Negara Bukit Lambir, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap orang dewasa. Lokasi paling popular di sini adalah Air Terjun Latak (Latak Waterfall) yang terletak 20 minit dari Park HQ.


Laluan trek ke kawasan air terjun ini agak menyenangkan dengan jambatan kayu dan jambatan gantung dibina untuk kemudahan laluan pengunjung. Sambil itu, pengunjung juga dapat belajar mengenali spesis pokok-pokok besar yang terdapat di sepanjang laluan trek seperti Kapur Paji, Peler Kambing, Engkabang Jantong dan Tampar Hantu.

Di Taman Negara Bukit Lambir terdapat kawasan hutan tanah rendah dengan keluasan sekitar 6,952 hektar yang melitupi kawasan sehingga ketinggian 450 meter. Keluasan hutan ini dan dan perbezaan ketinggiannya membolehkan ia menampung tahap biodiversiti tumbuhan antara yang tertinggi di dunia. Ianya menjadi rumah kepada lebih 237 spesis burung, tupai terbang, babi hutan, gibbon, beberapa jenis monyet, beberapa spesis rusa, serangga-serangga pelik dan beberapa lagi invertebrate, termasuklah kumpulan saintis-saintis dari seluruh dunia yang menetap di sini.