Pejabat Residen Bahagian Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Taman Negara Niah



Taman Negara Niah terletak 110km perjalanan dari Bandaraya Miri dan 3km dari Pekan Batu Niah. Cara untuk sampai ke Taman Negara Niah adalah,perjalanan dari Bandaraya Miri menggunakan kereta menuju ke Pekan Batu Niah yang mengambil masa 1 jam 15 minit menyusuri  jalan lama Miri-Bintulu. Taman ini mempunyai pusat pelancong dan tempat penginapan yang bagus, serta mudah untuk pelawat berjalan-jalan disekitarnya dengan kehadiran rangkaian plankwalk di seluruh taman.

Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding yang menceritakan perjalanan bot orang mati menuju kehidupan selepas kematian, termasuk sisa-sisa bangkai “death ships” yang bertaburan di atas lantai gua – keranda berbentuk bot (yang mana isinya telah dipindahkan ke Muzium Sarawak). Kawasan sekeliling gua ini pula dihiasi hutan tebal dan merupakan rumah kepada pelbagai spesis tumbuhan dan hidupan.