Pejabat Residen Bahagian Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Taman Negara Loagan Bunut


Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 120 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

Sedikit fakta mengenai Taman Negara Loagan Bunut yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Ia merupakan taman Negara ke-10 di Bumi Kenyalang. Taman Negara Loagan Bunut diwartakan pada tahun 1 Julai 1990. Sebelumnya kawasan ini merupakan sebahagian dari Lemiting Forest Reserve yang berkeluasan 10,736 hektar. Ianya terletak 120 km dari Bandaraya Miri, dan taman negara ini mempunyai tasik semulajadi yang terbesar di Sarawak yang berkeluasan 650 hektar. Sumber utama air di tasik ini adalah dari Sungai Teru (kawasan tadahan Teru). Sekurang-kurangnya 4 kali setahun, kawasan tasik ini akan kering kontang dan kepelbagaian flora dan faunanya juga akan turut berubah.