Pejabat Residen Bahagian Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Taman Negara Mulu


Taman Negara Gunung Mulu atau lebih dikenali sebagai Taman Negara Mulu merupakan Taman yang terbesar di Sarawak. Ia meliputi kawasan kira-kira 529 kilometer persegi dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di Taman Negara Mulu, anda boleh melakukan aktiviti seperti menikmati kepelbagaian jenis tumbuhan dan hidupan liar yang bertaburan di sekitar kawasan Taman Negara Mulu sedia menanti kunjungan pelancong. Selain itu, pelancong juga boleh mengikuti perjalanan melalui Laluan Kanopi Mulu begitu mempersonakan untuk melihat tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Laluan sepanjang 480 meter ini merupakan laluan pokok yang terpanjang di dunia.

Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropikal, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.