Pejabat Daerah Marudi

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Inap Desa Pa Dallih Sg Kelapang


Kampung Pa Dallih Sg Kelapang (Punang Kelapang) kini didiami oleh 46 keluarga Kelabit dengan anggaran penduduk seramai 130 (250 termasuk yang berada atau bekerja di luar). Pa Dallih boleh dihubungi melalui jalan darat sejauh lebih kurang 370km daripada bandaraya Miri atau Pekan Marudi dengan masa perjalanan selama 10 jam atau terbang menggunakan penerbangan Twin Otter Miri ke Bario seterusnya menggunakan kenderaan land cruiser Bario ke Pa Dallih selama sejam. Kehidupan masa lampau bagi masyarakat di Pa Dallih begitu sukar dan mencabar khususnya dari sudut kemudahan jalan perhubungan. “...dulu berjalan kaki berjam-jam untuk ke Bario (8-10 jam) menaiki dan menurun bukit-bukau tinggi mengunung dan arus sungai yang deras terpaksa diharungi...” Sangat susah namun apakan daya, penduduk Pa Dallih reda dan terus tabah. Sungai Kelapang kaya dengan sumber ikan, aktiviti jungle trekking dan mengenali alam fauna dan flora serta belajar tentang herba mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit antara aktivit menarik bagi pengunjung yang melawat Pa Dallih.