Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

 

Hawaii Beach


Pantai Hawaii atau Hawaii Beach terletak 15 km atau 20 minit dari pusat Bandaraya Pelancongan Miri. Terletak dalam kawasan kampung di Bakam. Kawasan riadah ini mempunyai banyak daya tarikan pantai yang menakjubkan selain ingin bersantai berjalan-jalan sambil merasa dingin sepoi bahasa angin laut China Selatan. Aktiviti-aktiviti sosial dan keluarga yang boleh dijalankan di Hawaii Beach antaranya BBQ, berkelah dan bersiar-siar di tebingan pantai yang indah sambil menikmati angin senja dan memerhatikan terbenamnya matahari.