Pejabat Daerah Marudi

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Peluang Pelaburan & Pembangunan Ekonomi


 

Dengan banyaknya sumber asli, khasnya petroleum dan gas asli yang terdapat di Sarawak, maka negeri ini menjadi tempat pelaburan yang cerah bagi pelabur-pelabur yang gigih. Negeri Sarawak mempunyai kedudukan yang berprestij sebagai negeri yang terbesar daripada 13 negeri dalam negara Malaysia. Terletak secara strategik di wilayah Asia Tenggara, negeri Sarawak meliputi kawasan yang besar seluas 124,449.51 km persegi bersertakan kawasan yang luas untuk tujuan pembangunan. Mudah didatangi dari bandar-bandar raya utama di dunia, maka perjalanan penumpang dan pengangkutan kargo dalam perniagaan dan industri ke Negeri Sarawak dapat dikendalikan dengan cekap. Negeri ini dapat dikunjungi melalui udara dalam masa tiga jam dari Hong Kong, tiga jam setengah dari Australia, satu jam dari Indonesia, enam jam dari Jepun, dan hanya empat puluh lima minit dari Singapura dan Brunei.

Sarawak Corridor of Renewable Energy, atau SCORE, ialah satu daripada lima koridor wilayah pembangunan yang diwujudkan di seluruh negara. Koridor ini ialah inisiatif secara besar-besaran yang dilakukan untuk membangunkan Wilayah Tengah dan mentransformasikan Negeri Sarawak menjadi Negeri yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Pembangunan koridor ini bertujuan mencapai matlamat untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Sarawak, serta juga menambah baik kualiti kehidupan rakyatnya.

Dalam rancangan pembangunan SCORE yang dipelopori melalui RECODA, sebanyak 10 bidang pelaburan dan peluang pembangunan ekonomi utama diberi penekanan. jeis-jenis pelaburan tersebut adalah:

             1) Aluminium
             2) Kaca
             3) Logam
             4) Minyak Mentah
             5) Kelapa Sawit
             6) Perikanan & Akuakultur
             7) Penternakan
             8) Pembalakkan
             9) Pelancongan
           10) Marin

Merujuk kepada 10 keutamaan tersebut, Bahagian Miri menawarkan peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi yang sangat luas. Selain daripada keutamaan tersebut, pelaburan dalam ekonomi hartanah dan perlombongan juga merupakan peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi yang bakal memacu kesejahteraan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan rakyat Sarawak khususnya di Bahagian Miri. Aspek pelancongan dan kebudayaan serta kekuatan alam fauna dan flora merupakan satu kekuatan semulajadi di Bahagian Miri selain peluang ekonomi yang terkini iaitu pembangunan tenaga diperbaharuan iaitu pembangunan janakuasa hidro di Baram khususnya. Antara beberapa lokasi pembangunan untuk industri berat dan ringan yang menyediakan banyak peluang untuk produk hiliran dan produk utama di Miri antaranya seperti berikut:

           1) Estet Perindustrian Kuala Baram
           2) Kawasan perindustrian Ringan di Piasau
           3) Kawasan Perindustrian Ringan Bekenu