image

Perutusan Pegawai Daerah Beluru






Salam Sejahtera dan Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Beluru. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan mewujudkan laman web ini. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan dalam teknologi maklumat pada masa kini adalah kian pesat, dan ini telah menuntut agar kita sentiasa peka dan bersedia untuk berinovasi.

Dengan menyediakan laman web yang mesra pengguna, interaktif, dan berdaya saing tinggi, kita tidak sekadar memenuhi keperluan semasa, tetapi juga menjana peluang untuk berkembang dan mencapai sasaran jangka panjang. Sesungguhnya dengan adanya laman web ini, telah membuktikan kita juga tidak mahu ketinggalan di dalam arena perkembangan teknologi maklumat yang kian maju ke depan.

Di samping itu, pembinaan laman web ini adalah sebagai satu titik permulaan ke arah menjadi sebuah pejabat daerah yang digital dalam bidang teknologi maklumat. Diharapkan melalui perkongsian maklumat di dalam laman web ini, orang ramai akan dapat mengetahui tentang segala aktiviti, info, serta berita semasa di kawasan pentadbiran daerah Beluru.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk meneroka laman web kami. Kami berharap anda mendapat manfaat melalui info serta maklumat yang kami salurkan di sini.

 

Charles Aloysius Lisu,
Pegawai Daerah Beluru