image

Perutusan Pegawai Daerah Subis

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Subis.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Daerah Subis, rakan-rakan agensi kerajaan, para pemimpin masyarakat, komuniti serta semua pihak berkepentingan yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kerjasama erat kepada Pejabat Daerah Subis. Penglibatan aktif, keprihatinan serta semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua pihak amatlah saya hargai. Inilah kekuatan sebenar yang membolehkan setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan di daerah ini digerakkan secara lebih teratur dan berkesan.

Laman web rasmi ini diwujudkan sebagai platform penyampaian maklumat yang telus, tepat dan mudah diakses. Melalui laman ini, masyarakat boleh mendapatkan maklumat berkaitan Visi dan Misi Pejabat Daerah Subis, peranan serta tanggungjawab jabatan, pengumuman semasa daripada kerajaan, perkembangan program di lapangan serta perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuhkan transformasi digital demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Daerah Subis merupakan sebuah daerah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, sosial dan ekonomi. Dengan kekuatan dalam sektor pertanian, perladangan, perusahaan kecil dan sederhana serta pelancongan, Daerah Subis terus memainkan peranan penting dalam pembangunan wilayah utara Sarawak. Sehubungan itu, menjadi amanah kami di Pejabat Daerah Subis untuk memastikan dasar, program dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan berintegriti, telus dan cekap demi kemajuan serta kesejahteraan rakyat.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini bukan sekadar pusat rujukan maklumat, tetapi turut menjadi jambatan komunikasi yang menghubungkan pihak jabatan dengan masyarakat. Semoga setiap pengunjung memperoleh manfaat daripada maklumat yang disediakan, dan pada masa yang sama memahami komitmen kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Daerah Subis khasnya.

Sekian, terima kasih.

Bersama Memajukan Daerah Subis ke Arah Masa Depan Yang Lebih Makmur”
“Bersatu Berusaha Berbakti”

An Honour to Serve”
 


NORLILA BINTI HAJI ULIS
Pegawai Daerah Subis

© Hak Milik Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri
Last Updated On 19 Dec 2025

WAKTU PEJABAT

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu - Ahad / Cuti Umum
TUTUP
image Undian
image Pengumuman