Laluan Perhubungan Ke Miri



Lapangan Terbang Miri menerima penerbangan luar dari Kuala Lumpur, Johor Bahru,  Singapura, Kota Kinabalu, Labuan,  dan penerbangan domestik dalam negeri dari Kuching, Sibu, Bintulu, Marudi, Limbang, Lawas dan penerbangan dari bandar-bandar kecil dari seluruh Sarawak. Menghubungkan kawasan-kawasan terpencil di kawasan pedalaman seperti Long Lellang, Ba'kelalan dan Bario. Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan pengendali utama penerbangan ke Miri.

 
 

Selain itu, Miri boleh diakses melalui jalan darat dari Sabah melalui Lawas dan Limbang. Pastikan anda membawa Passport kerana perjalanan ini akan melalui Negara Brunei Darussalam. Jalan Perhubungan darat dari Miri sehingga ke Ulu Baram. Laluan Darat dari Kuching akan melintasi beberapa bandar seperti Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Bintulu sebelum sampai ke Miri.

Perkhidmatan pengangkutan awam di Miri seperti bas awam, teksi, dan kereta sewa turut disediakan. Bas awam berhawa dingin dan biasa digunakan oleh penduduk tempatan dan orang asing untuk ke bahagian-bahagian Bandaraya Miri seperti Permyjaya, Tanjong Lobang, Bakam, Lutong, Pujut, Taman Tunku dan sebagainya. Bas-bas awam ini mempunyai kod tempat tersendiri yang selalunya dipamerkan di hadapan bas. Teksi selalunya digunakan untuk membawa pelancong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke tempat penginapan. Kereta sewa ditawarkan perkhidmatan oleh syarikat-syarikat tertentu untuk bersiar di sekitar bandaraya dan kenderaan persendirian prebet (private) digunakan untuk ke luar bandar, khususnya ke Marudi, Bekenu dan Kuala Baram.