picture

 

Pendaftaran Nama-nama Perniagaan


Pendaftaran Perniagaan

Syarat & Tatacara Permohonan Pendaftaran Perniagaan:

1. Borang (R22) Borang Pendaftaran Perniagaan yang lengkap diisi, sila dapatkan Borang R22 di Kaunter Pejabat Daerah Miri atau Marudi.

2. Salinan kad pengenalan pemohon (untuk setiap pemegang syer),

3. Surat Perjanjian Sewa/Beli antara pemilik & Penyewa bangunan ataupun,

4. Salinan geran bangunan kedai yang digunakan, (Extract Of Title) dari Jabatan Tanah Dan Survei, berserta surat kebenaran sewaan dari pemilik bangunan.

5. Cop nama perniagaan yang bakal digunakan.

* Ambil perhatian, sila semak dahulu nama syarikat yang bakal digunakan di kaunter Pendaftaran Perniagaan Pejabat Daerah untuk mengelakkan pertindihan nama syarikat.

Bagi setiap pendaftaran perniagaan yang diluluskan,

  • Sijil Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dengan bayaran RM 50.00.
  • Setiap Ekstrak perniagaan yang dikeluarkan dengan bayaran RM 2.00