Permit Kutipan Derma Awam

 

Permit Kutipan Derma Awam


PERMOHONAN BARU


Borang/ Dokumen yang perlu dikemukakan;-

1)     1 salinan borang permohonan

2)     4 keping gambar setiap orang bagi pemohon dan pemungut

3)     1 salinan fotostat kad pengenalan bagi permohonan dan pemungut

4)     1 salinan Minit mesyuarat akhir bagi Persatuan/ Jawatankuasa

5)     1 salinan penyata akaun bank

6)     1 salinan penyata akaun Persatuan/Jawatankuasa


Langkah-Langkah Permohonan

1. Terima dan semak permohonan yang diterima daripada Persatuan/Jawatankuasa (Memastikan permohonan adalah lengkap diisi dan ditandatangani sebelum permohonan dapat diproses).

2. Mengemukakan surat permohonan tersebut kepada Ketua Polis Daerah untuk tapisan keselamatan.

3. Setelah mendapat tapisan keselamatan (Sekiranya lulus tapisan keselamatan), Ketua Polis Daerah akan menghantar permohonan tersebut kepada Pegawai Daerah untuk tindakan lanjut.

4. Permohonan diterima kembali dan permohonan tersebut seterusnya akan dihantar kepada Residen untuk diluluskan.

5. Catat tindakan dan ulasan dalam Buku Daftar dan Rujuk permohonan kepada Residen untuk keputusan.


Sekiranya Diluluskan;-

6. Catat keputusan dalam Buku Daftar dan copkan “LULUS” pada borang. Maklumkan pemohon supaya membuat pembayaran. Pembayaran dilakukan di kaunter akaun Pejabat Daerah.

7. Borang B, C dan D untuk disediakan dan disemak Oleh Pegawai Tadbir. Pegawai Tadbir mengemukakan kepada Residen untuk ditandatangan dan kembalikan kepada Pegawai Tadbir.

8. Borang B, C dan D, surat litup diserah kepada Persatuan/Jawatankuasa.  Wakil Persatuan/Jawatankuasa menandatangan dalam Buku Daftar.

8. Agih salinan lesen kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah & Ketua Polis Daerah dan buat catatan dalam Buku Daftar. (Tamat)


Sekiranya Ditolak    

9. Copkan “DITOLAK pada borang dan maklumkan kepada pemohon. (Tamat)

 

PEMBAHARUAN LESEN PUNGUTAN AWAM


Borang/ Dokumen yang perlu dikemukakan;-

1)     4 keping gambar setiap orang bagi pemohon dan pemungut jika pemohon dan pemungut adalah orang baru

2)     1 salinan Minit Mesyuarat akhir bagi Persatuan/Jawatankuasa

3)     1 salinan penyata Kutipan Awam (Ordinan Lesen Pungutan Awam 1996)

4)     Salinan asal Borang B, C dan D


Langkah-Langkah Permohonan

1. Terima dan semak permohonan yang diterima daripada Persatuan/Jawatankuasa (Memastikan permohonan adalah lengkap diisi dan ditandatangani sebelum permohonan dapat diproses).

2. Permohonan tersebut dihantar kepada Residen untuk diluluskan.

3. Catat tindakan dan ulasan dalam Buku Daftar dan Rujuk permohonan kepada Residen untuk keputusan.


Sekiranya Diluluskan;-

6. Catat keputusan dalam Buku Daftar dan copkan “LULUS” pada borang. Maklumkan pemohon supaya membuat pembayaran. Pembayaran dilakukan di kaunter akaun Pejabat Daerah.

7. Agih salinan lesen kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah & Ketua Polis Daerah dan buat catatan dalam Buku Daftar. (Tamat)


Sekiranya Ditolak    

9. Copkan “DITOLAK pada borang dan maklumkan kepada pemohon. (Tamat)

 

Pegawai Untuk Dihubungi:

Encik Omar Bin Haji Hepeni        Tel : 085-426491