picture

 

LESEN PERKHIDMATAN KREDIT KOMUNITI


Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti dan Permit Iklan dikeluarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) 1951.

Cara Memohon bagi Permohonan Baru:

1. Dapatkan Borang Jadual A [Permohonan Baru bagi Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti] dan Borang Jadual F [Permohonan Baru bagi Permit Iklan] secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Miri atau boleh melayari laman web www.kpkt.gov.my.

2. Isi Borang Jadual A dan Jadual F dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  1. Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.
  2. Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.
  3. Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.
  4. Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.
  5. Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), 24, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.
  6. Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

3. Proses pemohonan baru ini akan dilanjutkan dengan rujukan terhadap syarikat pemohon daripada:

  • Polis DiRaja Malaysia;
  • Bank Negara Malaysia; dan
  • Jabatan Insolvensi Malaysia.

4. Salinan surat juga akan dihantar kepada pemohon berkaitan dengan proses rujukan ini.

5. Apabila semua proses dijalankan dan didapati pemohon layak maka Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti & Permit Iklan akan dikeluarkan.

6. Bayaran sebanyak RM2,000.00 bagi Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti manakala RM200.00 bagi Permit Iklan akan dikenakan dan pembayaran boleh dibuat di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak Bahagian Miri, UTC.

 


 

Sila Ambil Perhatian

  • Sah laku Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti adalah selama 2 TAHUN dan Permit Iklan adalah selama SETAHUN.
  • Sila kemukakan Rekod Transaksi semasa bagi tempoh setahun selewat-lewatnya sebelum atau pada 1 Feb setiap tahun, jika gagal berbuat demikian pemohon boleh didenda.

 


 

Cara Pembaharuan Lesen:

1. Dapatkan Borang Jadual D (Permohonan bagi Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Kredit Komuniti) dan Borang Jadual H (Permohonan bagi Pembaharuan Permit Iklan) secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Miri [Seksyen Sosial] atau boleh melayari laman web www.kpkt.gov.my.

2. Isi Borang Jadual D dan Jadual H dengan lengkap dan kemukakannya bersama dokumen seperti berikut:

  1. Satu (1) salinan fotostat sah MyKad bagi Pemohon, atau bagi setiap Pekongsi, Pemegang Jawatan atau Lembaga Pengarah.
  2. Satu (1) salinan sah Akaun Beraudit atau Akaun Pengurusan Terkini.
  3. Satu (1) salinan sah Borang J bagi tempoh dua (2) tahun yang lalu dan satu (1) salinan sah penyata akaun bank.
  4. Satu (1) salinan akuan berkanun seperti yang dinyatakan dalam Jadual C.
  5. Satu (1) salinan sah butir-butir dalam Borang 13 (jika ada), 24, 49 dan borang keuntungan tahunan terkini dibawah Akta Syarikat 1965.
  6. Satu (1) salinan Memorandum dan Artikel Pertubuhan atau sijil pendaftaran perniagaan dan satu (1) salinan perjanjian perkongsian (jika ada) atau satu (1) salinan kaedah-kaedah atau undang-undang kecil pertubuhan atau satu (1) salinan perjanjian diantara atau dikalangan orang-orang yang membentuk kumpulan.

* Proses pembaharuan ini akan mengambil masa selama 5 hari dan dengan kehadiran Tuan Residen di pejabat.


Pegawai Untuk Dihubungi :

Puan Grace Luyang     Tel : 085-433160