Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Perlukah semua waris hadir ke Pejabat Daerah Miri untuk urusan Probet? - 04 Dec 2013

Ya Perlu, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).

2. Selain dari waris, siapakah yang perlu hadir untuk urusan Probet? - 18 Jul 2014

Ketua Kaum / Ketua Masyarakat  bagi pengesahan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.

3. Berapa lama tempoh pengeluaran Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Pejabat Daerah Miri? - 18 Jul 2014

Setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sijil siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu bekerja.

4. Berapakah bayaran yang perlu bagi setiap pendaftaran Perniagaan? - 18 Jul 2014

Bayaran Pendaftaran Perniagaan (RM 50.00) & Bayaran bagi ekstrak perniagaan (RM 2.00) - Bayaran semasa mengambil Sijil Pendaftaran yang telah siap di kaunter.

5. Siapakah yang perlu hadir untuk urusan Pengangkatan Anak? - 18 Jul 2014

Ibu-bapa kandung, Ibu-bapa angkat, Anak Angkat & Saksi.

6. Adakah perlu untuk anak angkat (kanak - kanak) hadir ke Pejabat Daerah Miri? - 18 Jul 2014

Ya, perlu.

7. Bagaimanakah cara mendapatkan permit membeli peluru? - 18 Jul 2014

Sila bawa kelongsong peluru & Lesen Senjata api semasa membeli peluru di kaunter senjatapi. Bayaran RM 2.00 akan dikenakan.

8. Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah? - 18 Jul 2014

Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.

9. Berapa lamakah senapang patah perlu diperiksa? - 18 Jul 2014

Senapang patah perlu diperiksa setiap (3) tiga tahun sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD Miri). Sila rujuk Lesen senjata api anda untuk memastikan bila tempoh untuk membawa senjata diperiksa.