picture

 

Permohonan Anak Angkat


Pendaftaran Anak Angkat

PENDAFTARAN ANAK ANGKAT (ADOPTION)

PENGENALAN
Pengangkatan anak di Sarawak adalah di bawah Adoption Ordinance, Cap 91. Ibubapa angkat bertanggungjawab penuh terhadap anak angkat tersebut dan hak,serta taraf anak angkat adalah sama taraf dengan anak kandung ke atas semua harta benda ibubapa angkat. Ibubapa kandung atau Penjaga yang sah akan kehilangan tanggungjawap ke atas kanak-kanak yang telah diangkat dan pembatalan pengangkatan boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

 *Nota: Anak seorang yang beragama Islam tidak boleh diangkat oleh orang-orang yang bukan beragama Islam.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Adoption Ordinance (Cap 91),
Adoption Ordanince (Amendment) 2002 (Chapter A100),
Peraturan Perlindungan Orang Muda dan Kanak-kanak 1959,
Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973,
Ordinan Penjagaan Bayi (Cap 93),
Surat daripada pejabat Mufti Negeri Sarawak (rujukan :MNS/29/2(74) bertarikh 20.07.1999 untuk yang beragama Islam sahaja.
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 1991 (Seksyen 123 (1), (2), (3), (4) dan (5) untuk yang beragama Islam sahaja.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
Tertaluk kepada Adoption Ordinance, sesiapa sahaja boleh mengangkat anak dengan syarat:
1) Ibubapa angkat adalah sihat dan siuman untuk menjaga seseorang anak angkat,
2) Ibubapa angkat mempunyai keupayaan yang munasabah untuk menyara anak angkat mengikut status sosial sehingga anak berkenaan mencapai usia 18 tahun,
3) Ibubapa angkat telah berkahwin secara sah,
4) Ibubapa angkat mesti berumur lebih daripada 21 tahun dan sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua daripada anak angkat,
5) Anak yang diangkat mestilah seorang yang belum dewasa, iaitu berusia di bawah 18 tahun.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA APABILA MEMOHON
1. Sijil Beranak kanak-kanak yang hendak diangkat dan salinan/fotocopy
2. Sijil Perkahwinan dan salinan/fotocopy
3. Kad Pengenalan ibubapa kandung dan ibubapa angkat serta salinan/fotocopy

SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Ibubapa kandung dan ibubapa angkat mesti hadir bersama seorang saksi di Pejabat Daerah apabila mengemukakan permohonan.