Pejabat Daerah Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Tanjong Lobang


Pantai Brighton atau dikenali sebagai Pantai Tanjong Lobang merupakan pantai bersantai paling digemari para pengunjung dari serata kawasan yang berkunjung ke Miri. Sesuai bagi para pengunjung yang ingin menikmati keindahan waktu senja saat matahari terbenam merupakan saat-saat paling romantis menjadi daya tarikan utama Pantai Tanjong Lobang. Pantai ini salah satu tempat riadah keluarga dihujung minggu terutamanya juga menyediakan gerai-gerai makanan pelbagai selera popular dikenali sebagai "Taman Selera" khususnya dalam menyediakan pelbagai jenis makanan laut. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di pantai ini selain beriadah mesra bersama keluarga, aktiviti berjoging dan memancing juga amat popular.