Pejabat Daerah Miri

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

The Grand Old Lady


Salah satu monumen bersejarah yang paling penting di Sarawak. TELAGA MIRI No.1 - The Grand Old Lady - mengeluarkan minyak pada 22 Disember 1910. Grand Old Lady bukan monumen wanita tua tetapi telaga minyak nombor 1 di Miri, telaga minyak pertama yang menggunakan peralatan kabel di dalam negara, seorang 'ibu' yang mengeluarkan hasil yang bernilai kepada rakyat negaranya.

Mercu tanda ini kira-kira 30 meter tinggi, terletak di atas Bukit Canada menghadap bandar Miri, dan berjaya menarik penduduk tempatan untuk menikmati pemandangan atau berjoging di atas laluan yang dibina khas.

Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Canada adalah sejarah penting bagi Miri yang moden. Bukit Canada adalah tempat di mana industri minyak di Sarawak bermula, dengan kejayaan menggali telaga minyak Miri pada 1 Disember 1910.

Perkembangan industri minyak telah membantu mengubah Miri dari sebuah perkampungan kecil nelayan pada abad ke-20 menjadi sebuah bandar moden dan maju pada abad ke-21.

Pelantar pertama yang dibina dipanggil 'Tha Grand Old Lady' dan telah menghasilkan minyak selama 62 tahun. Bersebelahan The Grand Old Lady adalah Muzium Petronas yang mempamerkan gambar dan maklumat mengenai industri petroleum.

Satu kerjasama antara Shell Malaysia dan Petronas, telah membawa kepada pembinaan sebuah muzium merangkap pusat maklumat. Tempat meletak kenderaan di belakang muzium adalah kedudukan yang baik untuk melihat bandar Miri.

Pemandangan dari Bukit Telaga Minyak sangat indah kerana anda bukan hanya dapat melihat panorama seluruh bandar sahaja, tetapi sempadan Miri-Brunei, pelantar minyak di luar pesisir pantai dan loji penapis berhampiran Lutong.

Sumber - http://www.malaysia.travel/