Mulu


Kawasan Taman Negara Mulu cukup terkenal, namanya sudah lama tersohor di serata dunia, sejak dari awal kemasukkan pemerintah Rajah Brooke, nama "Mulu" telahpun dicatat dalam nota sejarah mereka. Mulu atau lebih popular Gunung Mulu menjanjikan 1001 kenangan terindah dan paling menarik bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke dunia alam fauna flora yang luar biasa ini. Ada banyak alternatif untuk tujuan penginapan, Royal Mulu Resort cukup disenangi para pengunjung, namun bagi yang inginkan budget accomodation dan ala santai kekampungan dan ingin merasai dengan lebih intim nilai dan seni budaya masyarakat tempatan "inap desa" tumbuh bak cendawan di kawasan peranginan Gunung Mulu. Tidak tersisih masyarakat Penan di sekitar Mulu juga boleh menyediakan penginapan kepada para pengunjung. Melawat ke gua-gua yang luar biasa keindahannya, jungle trekking, pelbagai aktiviti riadah dan santai yang lain, melihat keunikkan habitat burung kelawar yang keluar pada petang hari dari lubang gua, mandi-mandi, melawat gerai-gerai jualan kraftangan yang berkualiti tinggi, beramah mesra dengan komuniti Penan yan dulunya pemalu kini peramah serta banyak lagi yang menarik!