Perutusan Pegawai Daerah Marudi


Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Marudi.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Daerah Marudi, rakan-rakan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, dan pihak berkepentingan yang telah memberi sokongan serta kerjasama yang padu kepada Pejabat Daerah Marudi selama ini. Tanpa komitmen dan semangat kebersamaan ini, segala perancangan dan pelaksanaan pembangunan di daerah ini tidak akan berjaya direalisasikan dengan baik.

Laman web ini diwujudkan sebagai salah satu platform yang dapat digunakan untuk berkongsi maklumat terkini dan tepat berkaitan dengan Daerah Marudi, terutamanya yang berkenaan Visi dan Misi, peranan, tanggungjawab, aktiviti-aktiviti semasa, pengumuman/makluman daripada Kerajaan serta perkhidmatan yang disediakan. Laman web ini sudah tentu dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling dan ia selaras dengan saranan Kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam rutin seharian.

Sebagai salah satu daerah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan sejarah dan keindahan alam semula jadi, Daerah Marudi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negeri Sarawak secara keseluruhannya. Maka menjadi tanggungjawab kami di Pejabat Daerah Marudi untuk memastikan segala dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri serta Persekutuan dapat dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Melalui laman web ini, kami berhasrat untuk menyediakan informasi yang tepat, mudah diakses dan mesra pengguna mengenai pelbagai program, aktiviti, serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah Marudi.

Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Marudi mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi mereka yang melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Membina Daerah Marudi yang Progresif dan Sejahtera”

“Bersatu Berusaha Berbakti”
An Honour To Serve


ROSE ANAK EDWARD TARANG
Pegawai Daerah Marudi