Pantai Luak Bay Esplanade terletak 11 km atau 15 minit dari pusat Bandaraya Pelancongan Miri. Kawasan riadah ini mempunyai banyak daya tarikan pantai yang menakjubkan selain ingin bersantai berjalan-jalan sambil merasa dingin sepoi bahasa angin laur China Selatan. Aktiviti-aktiviti sosial dan keluarga yang boleh dijalankan di Luak Bay Esplanade antaranya, BBQ, berkelah dan berkhemah, bersiar-siar ditebingan pantai yang indah sambil menikmati angin senja dan memerhatikan terbenamnya matahari.