Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Perlukah semua waris hadir ke Pejabat Daerah Miri untuk urusan Probet?

Ya Perlu, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).

2. Selain dari waris, siapakah yang perlu hadir untuk urusan Probet?

Ketua Kaum / Ketua Masyarakat  bagi pengesahan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.

3. Berapa lama tempoh pengeluaran Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Pejabat Daerah Miri?

Setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sijil siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu bekerja.

4. Berapakah bayaran yang perlu bagi setiap pendaftaran Perniagaan?

Bayaran Pendaftaran Perniagaan (RM 50.00) & Bayaran bagi ekstrak perniagaan (RM 2.00) - Bayaran semasa mengambil Sijil Pendaftaran yang telah siap di kaunter.

5. Siapakah yang perlu hadir untuk urusan Pengangkatan Anak?

Ibu-bapa kandung, Ibu-bapa angkat, Anak Angkat & Saksi.

6. Adakah perlu untuk anak angkat (kanak - kanak) hadir ke Pejabat Daerah Miri?

Ya, perlu.

7. Bagaimanakah cara mendapatkan permit membeli peluru?

Sila bawa kelongsong peluru & Lesen Senjata api semasa membeli peluru di kaunter senjatapi. Bayaran RM 2.00 akan dikenakan.

8. Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah?

Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.

9. Berapa lamakah senapang patah perlu diperiksa?

Senapang patah perlu diperiksa setiap (3) tiga tahun sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD Miri). Sila rujuk Lesen senjata api anda untuk memastikan bila tempoh untuk membawa senjata diperiksa.