Pejabat Daerah Marudi

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Inap Desa Tenyok Resort Long Bedian


Uma Aru Tenyok atau Rumah Panjang Tenyok merupakan antara jenis kemudahan penginapan Inap Desa ala rumah panjang selain daripada 10 buah shelley sediada di kawasan peranginan Tenyok Resort, Long Bedian. Uma Aru Tenyok ada 11 buah bilik penginapan yang boleh memuatkan seramai 5 orang bagi setiap bilik lengkap dengan kemudahan bilik air dan tandas. Bagi memenuhi keperluan penginapan yang ramai, Tenyok Resort juga menyediakan sebanyak tujuh buah shelley persendirian telah didirikan atas minat dan inisiatif individu yang berminat dalam peluang ekonomi pelancongan yang wujud di Tenyok Resort. Pelbagai aktiviti menarik ada di Tenyok selain bermandi-manda, memancing, jungle trekking, melawat perkampungan Penan yang berdekatan, belajar terntang pelbagai jenis herba hutan dan mendengar serta turut serta dalam pelbagai acara kebudayaan adalah sebahagian daripada aktiviti menarik disini.