Pejabat Daerah Marudi

Laman Web Rasmi Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

picture
 

Pengenalan Daerah Marudi


“...December 1890 - Claudetown report, The new Bazaar of twentv-nine shops has been completed, and it is made of billian and other good woods all through. The shops are full size, and well stocked, a road of thirty feet wide has been made infront of the shops and two landing stages have been built for the p.s: Adeh...”
(C. Hose, Station Incharge, 2nd Class Resident.

Daerah Marudi pada asalnya adalah sebahagian daripada kawasan jajahan Brunei. Pada 19 Jun 1882, Kerajaan Brunei telah menyerahkan kawasan daripada Tanjung Kidurong sehingga ke Kuala Baram kepada Kerajaan Sarawak yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan Rajah Charles Brooke.

Pemerintahan Rajah Charles Brooke telah memilih Marudi sebagai pusat pemerintahannya di kawasan bahagian utara Sarawak dan melantik Claude C. Decrepingy sebagai Residen pertama kepada Bahagian yang baharu ini dan dibantu oleh Charles Hose.

Pada 19 Julai 1882, telah berlaku acara perletakan batu asas di Bukit Kubu Hose. Bangunan Kubu Hose mulai dibina dalam tahun 1898 dan siap sepenuhnya pada 1901.

Pada bulan Disember 1890, dua deret bangunan kedai beratap belian telah dibina dan sebagai penghormatan kepada Claude C. Crispingy, pekan ini dinamakan telah sebagai “Claude Town”.

Dengan penemuan telaga minyak yang pertama di Malaysia pada 10 Ogos 1910 di Bukit Kanada yang juga dikenali sebagai “The Grand Old Lady”, pusat pentadbiran bahagian telah berpindah daripada Marudi ke Miri.

Pada 01 Ogos 2015, persempadanan semula pentadbiran di negeri Sarawak telah diwartakan. Daerah Marudi yang dahulunya berkeluasan 22,080 KM persegi telah dipecahkan menjadi empat (4) Daerah iaitu Daerah Marudi, Daerah Beluru, Daerah Telang Usan dan Daerah Kecil Bario (dibawah pentadbiran Daerah Miri).

Daerah Marudi kini berkeluasan keseluruhan 3,113 KM persegi dengan jumlah keseluruhan penduduk seramai 22,600 orang (sumber; Profile Kampung Daerah). Dibawah pentadbiran Daerah Marudi terdapat satu Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Mulu yang berkeluasan 1,573 KM  persegi dengan penduduk seramai 4,696 orang.