picture

 

Pejabat Daerah Kecil Bario


PENGENALAN

Bario merupakan salah satu kawasan yang dicadangkan untuk diwujudkan menjadi sebuah Daerah Kecil. Bario ialah sebuah perkampungan yang terletak di pertengahan Tanah Tinggi Kelabit di timur laut Sarawak, sangat dekat dengan sempadan antarabangsa dengan Kalimantan di Indonesia, dan 3,280 kaki atas aras laut. Ia merupakan penempatan utama di Tanah Tinggi Kelabit.

Bario boleh dihubungi melalui jaringan pengangkutan udara dari Miri dan Marudi ke Bario dua kali sehari. Pengangkutan darat ke Bario pula mengambil masa kira-kira 14 jam perjalanan dari Miri.

KELUASAN

Keluasan Daerah Kecil Bario adalah 4,259 km persegi.

 

JUMLAH KAWASAN PILIHANRAYA / DUN

Dari segi kawasan persempadan pilihanraya, Daerah Kecil Bario ini adalah dibawah Parlimen P.222 Lawas dan sebahagiannya di bawah Dewan Undangan Negeri N.70 Ba’ Kelalan dan sebahagian kecil kawasan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri N.67 Telang Usan.

PUSAT PENTADBIRAN

Cadangan Pusat Pentadbiran Baru adalah di Pekan Bario. Kawasan Bario itu sendiri mempunyai beberapa buah kampung yang berdekatan antara satu sama lain seperti Kampung Bario Asal, Kampung Padang Pasir, Kampung Pa’ Ramapuh Atas, Kampung Pa’ Ramapuh Bawah, Kampung Pa’ Ukat, Kampung Pa’ Main, Kampung Pa’ Bangar, Kampung Pa’ Mada, Kampung Pa’ Derong, Kampung Pa’ Umor, Kampung Ulung Palang dan sebagainya.. Namun persempadan baru Daerah Kecil Bario telah merentasi di luar kawasan Bario itu sendiri yang menganjur hingga ke kawasan barat dari Pa’ Mada hingga ke Long Banga. Manakala di sebelah timurnya hingga ke Long Seridan.


JUMLAH/SENARAI JABATAN/AGENSI KERAJAAN

 

Bil

Jabatan/Agensi Kerajaan Sedia Ada

1

Balai Polis Bario

2

Malaysia Airports Berhad (Bario, Long Seridan, Long Lellang & Long Banga)

3

Jabatan Imigresen Malaysia

4

Stesen Pertanian (Bario & Long Banga)

5

Kem Tentera (Batalion Ke 12, RAMD)

6

Perpustakaan Awam (Majlis Daerah Marudi)

7

Jabatan Hutan

8

Sekolah :

8.1 SMK Bario

8.2 SK Bario

8.3 SK Long Banga

8.4 SK Long Lamai

8.5 SK Long Lellang

8.6 SK Long Sait

8.7 SK Long Seridan

9

Klinik :

9.1 Klinik Kesihatan Bario

9.2 Klinik Kesihatan Pa’ Dallih

9.3 Klinik Kesihatan Long Lellang

9.4 Klinik Kesihatan Long Seridan

9.5 Klinik Kesihatan Long Banga

Bil

Jabatan/Agensi Kerajaan Baru (yang dicadangkan)

1

Pejabat Daerah Kecil Bario

2

Stesen Pertanian (Long Lellang & Long Peluan)

3

Balai Polis Long Banga

4

Balai Bomba Bario

 

PENDUDUK

Bilangan penduduk di Daerah Kecil Bario adalah berjumlah 7513 orang.

 

TABURAN KEPENDUDUKAN

 

Bil

Etnik

Jumlah

1

Kelabit

4,987

2

Penan

1,526

3

Saban

1000

 

Jumlah

7,513

 

SOSIO EKONOMI

Secara umumnya majoriti penduduk mengamalkan aktiviti kehidupan sara diri sahaja. Mereka mengamalkan pertanian tradisional seperti tanaman kecil-kecilan sara diri, tanaman padi sawah dan bukit, penanaman nenas Bario, menangkap ikan, dan memburu. Mereka juga tiada sebarang aktiviti pertanian komersil yang diusahakan oleh penduduk kampung. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Sarawak dan Pertubuhan Peladang telah mengambil insiatif dengan membantu petani tempatan menuai padi secara komersial. Melalui ”Projek Pembangunan Industri Padi Bario”, Bario Ceria Sdn. Bhd. yang dilantik oleh pihak kerajaan untuk membangunkan industri padi di Bario dari segi khidmat nasihat, bimbingan dan strategi pemasaran kepada para peserta projek ini.

Jabatan Pertanian Sarawak juga telah mengambil langkah pro aktif dengan mengalakkan aktiviti penanaman Getah secara komersial di kawasan Long Banga, Long Peluan dan Long Beruang. Tujuannya ialah untuk membantu meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan masyarakat luar bandar serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar. Projek perintis penamanan Getah seluas 20 Hektar di Long Peluan dan 10 Hektar di Long Beruang telah ditanam masing-masing dengan 8,502 pokok dan 3,997 pokok getah berhasil tinggi.

Selain daripada itu, Projek Tagang yang berkonsepkan perkongsian pintar antara masayarakat tempatan dan sektor awam (agensi kerajaan) dalam melindungi, memulihara dan mengurus sumber asli perikanan di sesebuah sungai. Projek tagang Long Peluan dilaksanakan di tiga buah sungai iaitu Sg. Pa’ Kelapang, Sg. Pa’ Peluan dan Sg. Bale.

Selain daripada aktiviti pertanian, masyarakat di Daerah Kecil Bario ini turut menjalankan aktiviti pembuatan garam bukit. Pusat pembuatan garam bukit yang terkenal adalah di Lubang Garam, Pa’ Umor.

Oleh kerana kawasan Bario terletak di kawasan tanah tinggi, dengan suhu yang sederhana, ramai pelancong dari luar dan dalam Negara tertarik untuk berkunjung ke sini. Ini telah memberi peluang kepada masyarakat Bario untuk membuka rumah-rumah tumpangan bagi menampung jumlah pelancong yang semakin bertambah saban tahun. Aktiviti pelancongan ini telah membantu menjana pendapatan pengusah-pengusaha rumah tumpangan di Bario.

Di samping itu, kegiatan pembalakan mula bergiat di kawasan Daerah Kecil Bario sejak sekian lama. Syarikat Samling merupakan syarikat pembalakan yang paling dominan di kawasan ini. Ramai di kalangan penduduk di kawasan ini bekerja dengan syarikat pembalakan yang berkenaan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Di samping itu, kampung-kampung yang berada di kawasan konsesi syarikat ini telah dibantu dari segi bantuan penyelengaraan jalan, membina rumah dan lain-lain aktiviti sosial di bawah tanggungjawab sosial korporat.

 

 

 

PENDAPATAN DAN KADAR KEMISKINAN

 

Kategori Kemiskinan

Kategori Pendapatan

Bilangan KIR

Peratusan (%)

Miskin Tegar

26

1.63

Miskin

RM521-RM830

199

12.45

Jumlah

225

14.08

Tidak Miskin

>RM831

1,373

85.92

Jumlah Keseluruhan

1,598

100

 

 

Nota:

1.KIR = Ketua Isi Rumah;

2.Maklumat Bilangan Miskin dan Miskin Tegar adalah diperolehi dari Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan Laporan Kiraan Permulaan 2010 Jabatan Perangkaan

 

SENARAI PERKAMPUNGAN DI DAERAH KECIL BARIO

Senarai nama kampung dan penempatan di Daerah Kecil Bario

Jumlah Kampung : 46

Jumlah Pintu : 929

Bilangan Penduduk : 7513 orang

 

BIL.

NAMA KPG / RH. PANJANG

DAERAH

BIL. PINTU

JUMLAH PENDUDUK

1

Ulung Palang (A)

Daerah Kecil Bario

23

230

2

Ulung Palang B

Daerah Kecil Bario

12

145

3

Arur Dalan, Kubaan

Daerah Kecil Bario

14

104

4

Pa Lungan

Daerah Kecil Bario

32

213

5

Arur Layun

Daerah Kecil Bario

11

66

6

Pa Ukat

Daerah Kecil Bario

26

230

7

Pa Umor

Daerah Kecil Bario

12

98

8

Bario Asal

Daerah Kecil Bario

29

192

9

Pa Ramapuh A

Daerah Kecil Bario

13

109

10

Pa Ramapuh B

Daerah Kecil Bario

11

194

11

Pa Main

Daerah Kecil Bario

15

77

12

Pa Bangar

Daerah Kecil Bario

12

60

13

Padang Pasir

Daerah Kecil Bario

25

136

14

Pa Derong

Daerah Kecil Bario

26

156

15

Pa Berang

Daerah Kecil Bario

18

65

16

Pa Dalih

Daerah Kecil Bario

41

300

17

Kampung Baru

Daerah Kecil Bario

14

70

18

Ramudu

Daerah Kecil Bario

18

87

19

Ramudu Hulu

Daerah Kecil Bario

20

180

20

Batu Patong

Daerah Kecil Bario

11

150

21

Long Dano (Pa Mada)

Daerah Kecil Bario

11

98

22

Pa Tik A

Daerah Kecil Bario

20

131

23

Pa Tik B

Daerah Kecil Bario

13

198

24

Long Kerong

Daerah Kecil Bario

38

155

25

Long Lubang

Daerah Kecil Bario

20

120

26

Ba Magoh

Daerah Kecil Bario

16

107

27

Ba Balau

Daerah Kecil Bario

12

96

28

Ba Kebaan 1

Daerah Kecil Bario

4

160

29

Ba Kebaan 2

Daerah Kecil Bario

9

205

30

Long Seridan A

Daerah Kecil Bario

21

135

31

Long Seridan B

Daerah Kecil Bario

12

145

32

Ba Tepen

Daerah Kecil Bario

4

130

33

Ba Lai

Daerah Kecil Bario

33

186

34

Long Balong/ Puak

Daerah Kecil Bario

16

136

35

Long Lamai

Daerah Kecil Bario

57

351

36

Long Banga

Daerah Kecil Bario

36

216

37

Long Pulung

Daerah Kecil Bario

12

260

38

Long Peluan

Daerah Kecil Bario

30

189

39

Long Beruang

Daerah Kecil Bario

40

250

40

Long Lelang A

Daerah Kecil Bario

25

230

41

Long Lelang B

Daerah Kecil Bario

12

188

42

Long Main

Daerah Kecil Bario

12

180

43

Long Kepang

Daerah Kecil Bario

23

153

44

Ba Kerameu

Daerah Kecil Bario

7

122

45

Long Sabai

Daerah Kecil Bario

20

210

46

Long Sait

Daerah Kecil Bario

43

180

JUMLAH

929

7513