picture

Pengenalan Daerah Beluru

 

Pengenalan Daerah Beluru


PENGENALAN :

-Asal daerah kecil Beluru adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Marudi,

-Sistem pentadbiran mula wujud pada tahun 1970-an di daerah kecil ini,yang mana pada waktu itu pentadbiran adalah di bawah jagaan Wakil Ulu Sungai.

-Pejabat Daerah kecil Beluru wujud pada tahun 1976 dengan Pegawai Tadbir Sarawak yang pertama adalah En.Joanis Godfery Pandik.

-Pejabat Daerah Beluru diiktiraf menjadi daerah penuh pada 01 Ogos 2016.

-Beroperasi sebagai daerah penuh pada 15 Oktober 2016

-Pegawai daerah yang pertama adalah En.Mataip Bin Sayu.

 

KELUASAN,JARAK DAN JUMLAH PENDUDUK:

-Keluasan daerah Beluru adalah 4,904 km persegi.

-Keluasan Bakong (Bakong Propper) 1,205 km persegi

-Dalam daerah ini juga terdapat sebuah sungai yang mengalir dari pekan Beluru iaitu Sungai Bakong dengan jarak sejauh 120 km.

-Daerah Beluru kini berada dibawah pentadbiran bahagian Miri,Sarawak dengan jarak perjalanan dari bandaraya Miri  satu setengah jam atau sekitar 90 km.

-Jumlah penduduk mengikut banci 2010 adalah sebanyak 29,366 orang

a) Beluru proper 10,412 orang

b) Daerah kecil Tinjar 18,954 orang

 

PROJEK DAN INFRASTRUKTUR

-Pada Mei 2009 , sebanyak RM1.03 billion telah diperuntukan untuk pembinaan jalan raya dari Miri ke tapak projek hidroelektrik Bakun . RM 150 juta di antaranya untuk membaiki jalan raya sepanjang 40 km antara Beluru dab Pekan Lapok. Ia sebahagian dari Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

 

KEGIATAN EKONOMI

-Pertanian merupakan kegiatan utama penduduk di daerah ini baik secara tradisional atau kormersial, sebahagian besar kegiatan pertanian dilakukan adalah untuk sara diri yang melibatkan tanaman seperti kelapa sawit,padi,getah,buah-buahan dan tanaman sampingan lain-lain.

-Kegiatan pertanian secara komersial pula melibatkan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit yang membabitkan agensi kerajaan dan juga swasta dengan anggaran keluasan 39, 417 hektar yang membabitkan penyertaan penduduk tempatan sebagai pekerja lading.

-Bagi penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bakong pula, mereka lebih senang bekerja sebagai nelayan memandangkan sungai ini kaya dengan hasil sumber nya.