picture

Pengenalan Telang Usan

 

Pengenalan Telang Usan


 

 

Pada 1 0ktober 2015, Daerah Kecil Long Lama telah dinaiktaraf sebagai sebuah daerah penuh yang dikenali sebagai Daerah Telang Usan dan mempunyai satu daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Long Bedian. Keluasan Pentadbiran Daerah Telang Usan adalah seluas 9,829 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 25,316 orang. Terdapat 94 buah kampung yang berdaftar di bawah pentadbiran Daerah Telang Usan.

Kawasan Pilihan Raya

Daerah Kecil

Parlimen

DUN

Long Bedian

P 220 Baram

(YB Tuan Anyi Ngau)

N77 Telang Usan

(YB Encik Dennis Ngau)

N78 Mulu

(YB Dato’ Gerawat Gala)

Taburan Penduduk 

Bil

Etnik

Jumlah (Orang)

1

Iban

572

2

Cina

600

3

Kenyah

7,478

4

Kayan

8,983

5

Penan

6,467

6

Kelabit

230

7

Bisaya

136

8

Berawan

250

9

Kiput

600

 

Jumlah

25,316

Senarai Jabatan Dan Agensi Kerajaan di Daerah Telang Usan

Bil

Jabatan/Agensi Kerajaan

Agensi/Jabatan Negeri

1

Pejabat Daerah Telang Usan

2

Jabatan Kerja Raya (JKR)

3

Jabatan Pertanian Long Lama

4

Sarawak Energy Berhad (SESCO)

5

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)

6

Majlis Daerah Marudi (Perpustakaan & Dewan Masyarakat Long Lama)

Agensi/Jabatan Persekutuan

1

Balai Polis Long Lama

2

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Long Lama

3

Jabatan Penerangan Malaysia Long Lama

4

Pos Malaysia Berhad

5

Pusat Internet Long Lama

6

Sekolah :

 

SMK Long Lama

SK Ubong Imang, Long Lama

SJK Kee Tee, Long Lama

SMK Temenggong Datuk Lawai Jau, Long San

SK St. Pius, long San

SK Long Apu

SK Long Anap

SK Long Palai

SK Long Jeeh

SK Long Mekaba

SK Long Jekitan

SK Long Moh

SK Long Tungan

SK Lio Mato

SMK Long Bedian (bertaraf K9)

SK Long Bedian

SK Long Atip

SK Long Kevok

SK Long Wat

SK Long Luteng

SK Long Laput

SK Morek

SK Long Ikang

SK Long Bemang

SK Long Miri

SK Long Kesseh

SK Long Pelutan

SK Long Pillah

SK Long Naah

SK Uma Bawang

7















 

Klinik Kesihatan :

Klinik Kesihatan Long lama

Klinik Kesihatan Long Bedian

Klinik Kesihatan Long Kevok

Klinik Kesihatan Long San

Klinik Kesihatan Long Moh

Klinik Kesihatan Long Jeeh

Klinik Kesihatan Lio Mato

Klinik Kesihatan Long Bemang

Kegiatan Sosio Ekonomi

Kegiatan pembalakan mula bergiat di kawasan Long Lama pada pertengahan tahun1970an dan telah menjana banyak peluang kerja dan pendapatan kepada penduduk sekitar. Kini kegiatan pembalakan ini semakin berkurangan dan diganti dengan Projek Perladangan Kelapa Sawit yang diusahakan oleh syarikat-syarikat berkenaan juga diusahakan secara “small holder” tetapi menjamin pendapatan lumayan kepada setiap pengusahanya. Ada 11 buah syarikat perladangan yang beroperasi di kawasan ini yang menganjur dari Long Lama hingga ke kawasan Long Bedian di sebelah barat dan dari kawasan Bukit Limau hingga ke kawasan Long Pillah di sebelah barat. Walaubagaimanapun, aktiviti pembalakan masih aktif terutama di kawasan Baram Tengah dan Ulu Baram yang diusahakan oleh syarikat-syarikat pembalakan seperti Syarikat Samling, Syarikat Shin Yang, Interhill dan sebagainya yang beroperasi di sana. Selain itu, ada yang bekerja di Kuari di Holy Stone Quarry untuk menjana pendapatan serta banyak membuka peluang kerja kepada penduduk di Long Lama.

Industri Sarang Burung secara tradisional telah lama diusahakan oleh penduduk Kaum Kayan di Long Lama. Selain dari itu, Kaum Kenyah di Long Jeeh dan Long Moh turut terlibat dalam industri ini. Kegiatan pertanian yang menghasilkan pelbagai produk pertanian telah lama diamalkan (penanaman padi Bukit dan Padi Sawah), penanaman Kelapa Sawit secara kecil-kecilan dan penanaman Getah (di kawasan Lio Mato, Long Peluan dan Long Beruang) di bawah inisiatif Jabatan Pertanian. Selain daripada itu, kegiatan memburu dan menangkap ikan merupakan aktiviti harian masyarakat di sini. Ikan dan memburu binatang adalah sumber makanan utama penduduk di kawasan ini.

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum

Jumlah

Temenggong

2

Pemanca

2

Penghulu

10

Ketua Kaum

94